Wednesday, August 18, 2010

PENINGKATAN PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN

Kebanjiran pendatang asing seringkali dikaitkan dengan globalisasi. Pertembungan budaya memang telah berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Mungkin kita boleh menyorot kembali sejarah bagaimana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah. Ini adalah salah satu contoh kesan globalisasi.

Seperti yang kita tahu, pendatang asing kelihatannya agak memonopoli sektor pekerjaan di negara ini. Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia menjadi faktor yang menarik perhatian pekerja asing. Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud.

Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini.Namun dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad.

Seperti yang kita tahu, sektor pekerjaan warga asing tidak hanya tertumpu kepada sektor tidak professional iaitu buruh dan pembinaan malahan dalam sektor professional juga iaitu sektor sains dan teknologi. Apa yang dapat kita perhatikan di sini adalah sesuatu yang amat bercanggah antara satu sama lain. Sebagai warganegara Malaysia, bilangan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia dikategorikan sebagai lambakan yang menyebabkan ramai di antara mereka mengganggur disebabkan tiada peluang pekerjaan. Mengapakah perkara ini boleh berlaku?Adakah jauh bezanya kualiti yang terdapat pada mahasiswa dan mahasiswi berbanding dengan warga asing yang menyebabkan mereka seolah-olah tersisih untuk diambil bekerja oleh majikan?persoalan ini yang patut kita terapkan.

Sebagai penuntut pusat pengajian tinggi, kerajaan menggalakkan kita untuk menerapkan kemahiran insaniah ataupun lebih dikenali dengan soft skill yang merangkumi aspek kemahiran berfikir secara kreatif, kemampuan untuk menginterpretasi idea dan kemahiran untuk berbahasa inggeris. Tetapi mengapakah masih ramai lagi graduan yang mengganggur?Adakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memantapkan graduan selama ini adalah sia-sia?Ataupun kita sebagai mahasiswa tidak berpijak di bumi yang nyata?

Antara contoh mudah yang mendorong kerajaan untuk memberikan taraf kewarganegaraan tetap kepada warga asing adalah kerana kedua-dua mendapat kepentingan mereka sendiri. Warga asing mendapat ganjaran di atas pekerjaan mereka dan kerajaan mendapat hasil di atas sumbangan mereka. Adakah kita sedar bahawa sekirannya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil tanah ini yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita akan dihuni oleh warga asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita. Inilah masalahnya kita sebagai bangsa melayu, kita hanya memikirkan kepentingan kita pada masa kini tanpa memikirkan warisan yang kita akan tinggalkan pada anak cucu kita pada masa depan. Mahukah anak cucu kita sebagai penghuni tanah yang indah ini merempat di bumi sendiri pada masa hadapan?sama-sama kita renungkan.

Sebagai kesimpulan, kita pernah dijajah pada waktu dahulu dan sekarang warga asing kelihatannya memonopoli sektor kritikal. Mahukah kita ditindas oleh bangsa asing yang lain pula? Kedatangan mereka sukar dikawal dan globalisasi tidak boleh dielakkan, lantaran itu kita sebagai warga tempatan lah yang perlu bertindak memperkasakan ekonomi dan bangsa kita sendiri. Jangan harapkan warga asing ini dihalau balik ke negara mereka kerana hal ini tidak akan berlaku! Jangan mengaku kalah dan hanya menuding jari kepada pihak berkuasa atau warga asing ini. Bangunkanlah bangsa kita agar kita tidak merempat di negara sendiri.

PENINGKATAN PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN

Kesan kebanjiran pendatang asing di Malaysia seringkali dikaitkan dengan fenomena globalisasi. Ianya merupakan contoh pertembungan budaya yang berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Di Malaysia sebagai contoh di mana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah sehingga medapat kewarganegaraan yang tetap di Malaysia ini.

Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia , menjadi faktor yang utama yang menarik perhatian warga asing selain kekurangan tenaga kerja khususnya
dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu sememangnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud setakat ini sebagai contoh, peningkatan permohonan taraf kewarganegaraan oleh warga asing yang ingin dititikberatkan di sini.

Dalam misi mencapai wawasan 2020, kerajaan menetapkan jumlah yang tertentu bagi taraf kewarganegaraan Malaysia, tetapi apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah peningkatan penduduk asal negara dan bukannya peningkatan warga asing yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia. Konsep ini jelas ternyata adalah salah dan adakah kita harus biarkannya terus berlaku?Mengapakah kerajaan masih mengambil lewa berkaitan dengan keadaan ini?Adakah kedatangan warga asing di Malaysia mempunyai kelebihan yang mengatasi keburukkan?Persoalan ini yang harus kita tekankan di sini.

.Dikatakan suatu waktu dahulu, Malaysia menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga tempatan dengan angkanya agak membimbangkan. Adakah jumlah ini berkaitan dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal?Bagi yang berpendidikan pula, kerja kilang atau buruh kasar di tapak pembinaan sudah semestinya tidak sepadan dengan pendidikan yang mereka terima. Terdapat juga majikan yang mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan. Apakah Malysia sekarang ini kekurangan tenaga kerja dalam sektor sains sedangkan ramai lagi kaum bumiputera yang menuntut di pusat pengajian mengambil jurusan ini. Sekirannya perkara ini berlaku, warga asing akan cenderung untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dan Malaysia mungkin akan tidak teragak agak untuk menyerahkannya kerana masing-masing mendapat kepentingan mereka sendiri. Tetapi inilah masalahnya Malaysia yang majoritinya kaum melayu. Kita lebih suka untuk memikirkan kepentingan kita pada masa kini berbanding dengan apa yang anak-anak kita akan warisi pada masa depan. Bayangkan sekirannya tiada usaha yang diambil untuk mengatasi masalah ini, tidak mustahil generasi kita atau lebih tepat lagi anak anak kita akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Adakah ini yang kita harapkan?Tanah yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu diwarisi oleh bangsa asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita?Tetapi ini juga merupakan persoalan yang menarik untuk diutarakan. Adakah mahasiswa dan mahasisiwi Malaysia langsung tidak mempunyai kualiti untuk dibandingkan dengan warga asing? Adakah usaha kerajaan untuk memantapkan kualiti pelajar pusat pengajian tinggi sia-sia?Di manakah silapnya?sama-sama kita renungkan.

Dewasa ini, mahasiswa dan mahasiswi digalak untuk memantapkan kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai
soft skill yang merangkumi kemahiran untuk bercakap, menginterpritasi idea, kemahiran berbahasa inggeris dan lain-lain. tetapi apakah kita sedar, adakah kita benar-benar menguasi semua aspek ini? Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melihat semula situasi yang berlaku ini dan memantau serta menyelesaikan dengan bijaksana segala kesan yang wujud akibat kebanjiran tenaga asing di Malaysia. Umpama menarik rambut dalam tepung di mana rambut tidak putus, tepung pula tidak berselerak, begitulah juga kaedah yang harus digunapakai oleh kerajaan dalam memelihara keharmonian dan kepentingan kedua-dua belah pihak. Kita tidak mahu menimbulkan sebarang persengketaan yang mungkin menganggu keharmonian negara. Melihat kepada situasi terkini, tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung atau mengurangkan kebanjiran pekerja asing seolah-olah menangkap bayang-bayang. Jangan kerana hendak meneruskan program pembangunan, kita mengenepikan sumber manusia yang merempat di bumi sendiri. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini. Namun dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad. Seolah olah tiada kualiti dalam bangsa Malaysia yang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengambil warga asing. Ada segelintir warga asing ini sudah mempunyai MayKAD sendiri. Tidak pasti mana meraka perolehi, pernah terjadi pada diri aku masa berkerja dimana mereka ada MayKAD terutama warga acheh. Menggunakan alamat orang lain dan ada sebahagian mereka ini menggunakan MyKAD seiras iras pada MayKad yang asal. “Penambahbaikan pengurusan dan pemantauan warga asing melalui strategi dan pendekatan yang baru perlu dilaksanakan sejajar dengan senario semasa seperti kaedah terkini pergerakan masuk dan keluar serta mobiliti pekerja asing dalam negara yang sukar dikesan melalui pendekatan konvensional.








Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia

Negara asal : Indonesia - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 39,087 , Pertanian=88,681 , Pembinaan=182,137 - Jumlah : 182,137 - Peratus : 83.24 Negara asal : Negara Thai - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 3,563 , Pertanian=14,029 , Pembinaan=4,926 - Jumlah : 22,518 - Peratus : 6.05 Negara asal : Myanmar - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 99 , Pertanian=500 , Pembinaan=8,790 - Jumlah : 9,389 - Peratus : 2.52 Negara asal : Filipina - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 117 , Pertanian=5 , Pembinaan=289 - Jumlah : 411 - Peratus : Negara asal : Singapura - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=2 - Jumlah : 2 - Peratus : Negara asal : Brunei - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=1 - Jumlah : 1 - Peratus : Sumber : Jabatan Imigrasi Malaysia, Kuala Lumpur (1993)

Tuesday, August 17, 2010

PENYAKIT YANG DIBAWA OLEH WARGA ASING.

Ekonomi malaysia berkembang dengan pesat. projek pembagunan berjalan dengan lancar. hal ini mewujudkan peluang pekerjaan. namun begitun peluang ini di manfaatkan oleh perkerja asaing.kedatangan mereka di katakan telah membawa masalah yang serius iaitu vairus penyakit terutamanya penyakit berjangkit.



Buruh asing yang masuk secara izin dikehendaki menjalankan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Namun mereka yang masuk melalui 'lorong semut' tidak berbuat demikian. Hal ini kerana mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan lulus pemeriksaan tersebut.Kebanyakkan mereka yang datang ke negara kita berasal daripada kawasan yang mundur dan tidak tahu menjaga kesihatan dan kebersihan.



vairus yang sering dibawa oleh pendatang asing ialah penyakit AIDS.Penyakit ini boleh menyebabkan vairus HIVdi mana perkongsian jarum suntikan bagi penagih dadah.Vairus HIV juga boleh merebak apabila penghidap HIV melanggan pelacur. Terdapat pendatang asing wanita yang menjadi pelacur. Hal ini mempercepatkan lagi penyebaran vairus ini.



Penyakit TIBI juga meningkat selepas kedatangan pendatang asing yang tidak terkawal.Hal ini kerana mereka tidak tahu menjaga kebersihan.Penyakit TIBI dibawa oleh vairus TIBI.Penyakit ini menyerang organ badan seperti tulang,otak,kulit dan sebagainya.Penyakit ini mudah merebak ia hanya melalui udara sama ada batuk dan bersin.



Pendatang asing yang datang secara haram mendirikan rumah secara haram di tanah milik karajaan.Hal ini akan menyebabakan pelbagai penyakit timbul.Kerana saluran perparitan yang tidak terurus.Antaranya demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk AEDES. Nyamuk aedes betina yang menyebabkan demam denggi berlaku.Hal ini kerana banyak air bertakung yang boleh meyebabkan pembiakan nyamuk berlaku. Selain itu juga, peningkatan penyakit lain juga barlaku iaitu demam kepialu,taun dan sebagainya Hal ini amat membimbangkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos untuk mengubati penyakit tersebut.



Jelaslah bahawa kedatangan pendatang asing tampa terkawal akan mendatang masalah kepada negara dan rakyat secara amnya.Walaupun kita memerlukan tenaga buruh asing untuk pembagunan negara.Namun tidak semestinya rakyat dan negara menjadi taruhan.

Tuesday, August 10, 2010

KES JENAYAH WARGA ASING DI MALAYSIA

Isu pendatang bukanlah sesuatu perkara yang baru di negara kita.Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat saban hari dan menjadi satu masalah kepada negara.Pendatang asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia,Filipina,Bangladesh,India,Myanmar,Vietnam dan lain-lain lagi.
Berdasarkan statistik Jun hingga Disember 2009 1.9 juta pendatang asing dicatat sehingga 31 Disember 2009.Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata,jumlah yang direkodkan itu adalah berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia.Daripada 1,918,146 juta,warga Indonesia mencatat bilangan paling tinggi iaitu (991,940)orang diikuti Bangladesh (319,020) orang ,Nepal(182,668) orang,Myanmar (139,731) orang dan India (122,382).Statistik yang ditunjukkan adalah pendatang asing yang mempunyai permit kenegara ini.
Apa yang dikesali disini, kedatangan warga asing ke Malaysia telah menyebabkan kes jenayah di Malaysia meningkat.Saban hari akhbar memaparkan kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing.Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis Diraja Malaysia ,sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 orang kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara kita.
Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara kita.Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ,Datuk Mohd Bakri Mohd Zain berkata,statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 orang pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah dengan bersenjatakan parang atau pisau dan ada juga yang memiliki senjta api.Mengikut statistik Bukit Aman,kadar jenayah pecah rumah menigkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007 berbanding 28,872 kespada 2006.
Pada tahun 2010 iaitu pada 22 Julai yang lalu, Pegawai Kastam Diraja Malaysia telah menahan seorang lelaki warga Iran kerana membawa masuk dadah ke Malaysia ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Lelaki Iran brekenaan didakwa memiliki 1.250 gram syabu dianggarkan bernilai RM312,500 mengikut harga pasaran.
Manakala pada 29 Julai yang lalu warga Indonesia ditumpaskan oleh pihak polis kerana melakukan jenayah samun.Salah seorang warga Indonesia tersebut menggunakan tarafnya sebagai permastautin tetap untuk melakukan jenayah samun.Dia dibantu oleh tiga orang rakannyayang memasuki ke negara ini secara haram.Mereka telah melakukan jenayah tersebut sejak berbulan lalusebelum dapat ditangkap.
Pada 21 Julai di Kuala Lumpur seorang amah telah mencuri wang dan meninggalkan anak majikannya.Amah tersebut merupakan warga Indonesia ,berjaya ditahan oleh pihak polis pada 26 Julai 2010 .Dia didakwa atas dua pertuduhan dibawah seksyen 33akta kanak-kanak 2001yang jika disabit dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum dua tahun.
Maka jelaslah bahawa, kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja memberi manfaat kepada negara tetapi turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah dalam negara.Walaupun undang-undang tegas telah dilaksanakan tetapi masih ada pendatang asing yang berani melakukan jenayah hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Sunday, August 8, 2010

KESAN KEPADA PETEMPATAN DAN KEMUDAHAN

Kedatangan pendatang asing juga memberi kesan kepada kawasan perumahan.Kebanyakkan daripada pendatang asing ini akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.Kebiasaannya kawasan hutan atau kebun-kebun menjadi sasaran.Walaupun perumahan tersebut didirikan di kawasan pendalaman, kemudahannya boleh dikatakan serba mewah dan lengkap kerana adanya kemudahan bekalan air, elektrik yang lengkap.Kebiasaannya bekalan-bekalan ini disambung dari rumah penduduk tempatan dengan bayaran sewa yang telah dijanjikan.


Di kawasan setinggan pula,ada juga perumahan yang didiami oleh pendatang asing ini.Punca berlakunya hal ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab penduduk tempatan itu sendiri.Sikap tamak dan mahu keuntungan semata-mata menyebabkan penduduk tempatan sanggup menyewakan rumah kepada pendatang asing ini dengan menawarkan harga yang tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan kepada penduduk tempatan.Oleh itu kesannya, rakyat tempatan akanbersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan rumah sewa dengan kadar harga yang lebih murah.Apabila pendatang asing ini menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan setinggan ini, keadaan menjadi tidak teratur serta kurang kemudahan asasnya yang sepatutnya digunakan oleh penduduk tempatan.Kebersihan yang tidak memuaskan selain keselamatan penduduk yang tidak terjamin.Hal ini akan menyebabkan timbulnya banyak hal atau kes.


Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil pembangunan negara akan terbantut.Kesannya dapat dilihat pada masa kini sedikit demi sedikit.Imej negara turut terjejas sekaligus menggambarkan akan kelemahan negara ini.Kepercayaan negara luar terhadap negara ini akan sedikit goyah.Ianya menggambarkan bahawa sistem pentadbiran serta pengurusan negara ini tidak teratur.Pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi menjadi tidak seimbang.Hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat tempatan telah diambil oleh pendatang asing ini.


Kesimpulannya, pendatng asing ini sebenarnya memberi kesan kepada rakyat tempatan, dan juga negara dalam aspek petempatan dan kemudahan yang disediakan. Oleh El Nurwanie

Saturday, August 7, 2010

MEMBEKALKAN TENAGA BURUH

Kebanjiran pendatang asing ke malaysia merupakan satu daya penggerak kepada menjana pembangunan negara yang kian berkembang. Memang tidak dapat dinafikan, kedatangan buruh asing ke negara kita hanya untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perladangan, pembinaan, pembantu rumah dan sektor perkhidmatan. Namun akhir-akhir ini mereka mula memonopoli keseluruhan perkerjaan tempatan. Pendatang asing di Malaysian di katogerikan kepada dua katogeri iaitu katogeri secara sah dan secara haram


Tenaga buruh merupakan aset kepada menjayakan projek pembangunan daripada perkembangan ekonomi Negara yang pesat dan kemasukan para pelabur untuk melabur bagi sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini meningkatkan kadar pemperatusan peluang pekerjaan yang luas. Namun masalah timbul apabila Negara kita kekurangan sumber tenaga manusia daripada buruh tempatan. Bagi menampung masalah ini para majikan mengunakan agensi kerajaan dalam memenuhi pemintaan ini dengan mengaji para pendatang asing sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh projek di sesebuah syarikat yang dikendalikan.


Selain itu, kebanjiran pendatang asing berkerja di Malaysia telah memula mereka dalam melibatkan diri dalam persaingan perkerjaan yang berkreativiti dengan para buruh tempatan. Kewujudan persaingan dikalangan buruh ini meningkatkan buruh mahir dalam pelbagai kretiviti dan inovasi dalam perkerjaan mereka dalam menghasilkan pekerjaan yang lebih bermutu. Oleh itu, masing-masing mencari ilmu dalam menghasil mutu kerja yang lebih berkesan dalam melahirkan diri mereka dalam sesuatu bidang kerja yang mahir dan mempunyai daya kemantapan pekerja di pertingkatkan. Manakala pada pandangan makro oleh masyarakat antarabangsa melalui stastistik kemasukan buruh asing ke Malaysia yang meningkat memberikan mengambarkan ekonomi sesebuah negara maju, berkembang dan mantap. Oleh hal demikian, negara kita ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dan dapat memenuhi permintaan terhadap sumber tenaga manusia.


Penyumbangan pembangunan hasil daripada kebanjiran pendatang asing dapat memberi nilai tambah kepada keadaan politik di negara kita. Penyaluran perkerjaan untuk bekerja dinegara kita melalui agensi badan kerajaan dan bukan badan berkerajaan (NGO). Keterjalinan hubungan diplomatik di antara kedua belah pihak dengan Negara yang terlibat contahnya Negara Malaysia mendapat bekalan sumber tenaga buruh daripada Indonesia melalui kementerian sumber tenaga dan manusia di kedua – dua belah pihak. Keadaan ini melibatkan pembangunan politik dalam mendapat perkhidmatan terhadap sektor yang terlibat. Hubungan perjanjian dua hala ini dapat mewujudkan keeratan dalam memenuhi permintaan masing-masing.



Kesimpulannya, kebanjiran pendatang asing ke negara kita bukanlah fenomena yang tidak dapat disangkakan lagi.Hal ini kerana kita sendiri mengetahuai faktor penolak dan penarik yang mewujudkan kebanjiran pendatang asing untuk merebut peluang pekerjaan yang luas. Perkembangan dalam semua bidang dan projek terutama dalam pembangunan memerlukan tenaga buruh mahir yang menjadikan satu landasan pengiat terhadap sesebuah syarikat pelaburan pembangunan. Kehadiran mereka iaitu para buruh asing dapat membantu melancarkan perancangan projek besar dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Oleh itu tidak dapat dinafikan kehadiran para buruh asing dapat membantu dalam pelbagai pembangunan ekonomi ,sosial dan politik di negara kita.

Tuesday, August 3, 2010

PENGALIRAN WANG KE LUAR NEGARA

Kebanjiran buruh asing di negara kita juga bermakna pengaliran wang ke luar negara turut meningkat. Pekerja asing terutamanya yang berasal dari Indonesia, Filipina, dan Myanmar yang bekerja di negara kita akan mengirimkan sebahagian besar gaji yang diterimanya ke kampung halaman untuk menampung kehidupan keluarga mereka yang hidup dalam serba kekurangan. Hal ini demikian kerana jika mata wang Ringgit Malaysia (RM) ditukarkan kepada mata wang negara mereka, nilainya adalah berlipat ganda.

Tahukah anda bahawa pekerja asing di Malaysia telah menghantar pulang sebanyak RM9.124 billion ke negara asal mereka sejak Januari 2008 hingga akhir Jun 2008. Nilai ini jika deperhatikan bukanlah satu angka yang kecil dan tidak boleh dipandang remeh. Selain itu sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing di negara kita adalah seramai 2.1 juta orang dan selepas ditolak bahagi secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan. Turut dilaporkan hampir 20% tenaga kerja di malaysia terdiri daripada warga asing dan nisbah pekerja di negara ini ialah seorang warga asing bagi setiap 4 orang pekerja tempatan.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara. Hal ini demikian kerana jika nilai pendapatan faktor ke luar negara adalah lebih besar daripada nilai pendapatan faktor dari luar negara akan menyebabkan pendapatan faktor bersih luar negara(PFBLN) bernilai negatif. PFBLN yang bernilai negatif seterusnya akan membawa kepada berlakunya kurangan dalam imbangan pembayaran. Kurangan yang berlaku dalam imbangan pembayaran akan menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam tingkat pendapatan negara secara keseluruhannya.

Kesimpulannya kebanjiran pekerja asing dalam negara kita akan memberi kesan kepada tingkat pendapatan negara secara umumnya.

Sunday, August 1, 2010

WUJUDNYA BUDAYA NEGATIF by Aliff Farhan

BUDAYA NEGATIF YANG MENGHANTUI MASYARAKAT SETEMPAT.


Masalah sosial dalam negara kita merupakan satu isu yang hangat sering diperkatakan.Apatah lagi, ini dapat menjejaskan banyak perkara termasuklah keadaan budaya masyarakat setempat.Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kerjasama semua penduduknya.Namun hari ini,pembangunan Malaysia adalah satu hasil tangan buruh asing.

Bilangan mereka dianggap bagai "cendawan yang tumbuh selepas hujan".Hal ini sebenarnya banyak memberi impak negatif kepada penduduk setempat berbanding kesan positif.Pada hari ini,kita dapat menyaksikan pelbagai karenah budaya yang ditonjolkan oleh masyarakat kita.Terutamanya,remaja-remaja yang akan menjadi pembimbing negara kelak.Contohnya ialah mempengaruhi masyarakat dalam etika pemakaian,pertuturan dan juga pergaulan.Dalam konteks pemakaian,dapat disimpulkan bahawa cara mereka iaitu orang asing adalah amat berbeza dengan kita di Malaysia.Ini secara tidak langsung dapat menangkis adat dan budaya pemakaian di negara kita.

Kebanyakan buruh asing ataupun pendatang asing adalah dari pelbagai latar belakang keluarga,cara hidup dan agama.Ianya adalah berbeza dengan gaya hidup di tempat kita.
Seperti yang kita tahu,persekitaran negara kita dengan mereka adalah berbeza,begitu juga amalan pergaulan yang berlainan jantina.Kemungkinan pergaulan mereka adalah amat bebas dan amalan ini seterusnya dibawa ke negara kita.Hasilnya, dapat disimpulkan bahawa amalan pergaulan bebasw itu sudah pun bertapak di negara kita.Dari hari ke hari ade saja berita tentang pembuangan bayi.

Dapat dilihat juga,ini telah meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat kita.Haruslah kita sedar bahawa kemasukan manusia asing yang melampau banyak akan memberi kesan negatif kepada kita semua.









KEDATANGAN PEKERJA ASING MENUTUP PELUANG KERJAYA PENDUDUK TEMPATAN

Menurut laporan Jabatan Imigresen Malaysia, pada Disember 2009 jumlah pekerja asing yang terdapat di dalam Malaysia adalah lebih daripada 1.92 juta orang yang mana terdiri daripada rakyat negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, dan India. Pada masa yang sama,menurut Utusan Malaysia Online bertarikh 26 Mac 2009, kadar pengangguran penduduk tempatan meningkat daripada 3.7 peratus kepada 4.5 peratus. Hal ini membuktikan bahawa kebanjiran pekerja asing telah menutup peluang kerjaya penduduk tempatan.



Pada pendapat saya, kedatangan pekerja asing berkait rapat dengan masalah pengangguran penduduk tempatan kerana beberapa faktor. Walaupun pada dasarnya kita melihat bahawa mereka hanya diambil bekerja untuk pekerjaan kos rendah seperti pelayan tetamu dan pekerja kontrak, namun kedatangan mereka dikatakan menutup peluang kerjaya kerana pekerjaan sedemikian boleh ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengumpul wang untuk meneruskan pelajaran mereka ke tahap yang seterusnya. Dari aspek pekerja kontrak seperti tukang paip dan buruh, kebanyakkan pelajar di Malaysia mahir dalam bidang tersebut seperti pelajar-pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Apabila pekerja asing yang diambil bekerja, hal ini menimbulkan isu-isu pengangguran seperti yang berlaku pada masa kini.



Kedatangan pekerja asing juga menutup peluang kepada usahawan muda untuk memulakan bisnes mereka. Sebagai langkah permulaan di dalam bidang perniaagan, kebanyakkan usahawan muda cuba bermula dari perniagaan kecil-kecilan seperti menjual burger atau sate dan berkembang menjadi francais seperti Otai Burger dan Sate Kajang. Namun, kejayaan seperti ini menjadi sukar apabila berlaku kebanjiran pekerja asing kerana mereka juga turut terlibat dalam bisnes kecil-kecilan ini seperti menjual nasi lemak dan goreng pisang. Penglibatan mereka telah mewujudkan persaingan seperti merebut tapak premis perniagaan.



Selain itu, perkara lain yang menutup peluang kerjaya penduduk tempatan adalah kerana majikan-majikan di gedung membeli-belah yang tersohor seperti Mydin, Giant dan Tesco hanya berminat untuk menggunakan khidmat pekerja asing disebabkan bayaran gaji mereka yang rendah. Dalam hal ini, majikan perlu mengambil langkah penyelesaian untuk mengurangkan kadar pengangguran penduduk tempatan dengan menggunakan khidmat mereka yang tiada pekerjaan. Bukan sahaja kadar pengangguran menurun, malahan taraf ekonomi rakyat tempatan juga boleh meningkat.






-FADHLULLAH FAHIM BIN ABDUL AZIZ-


-205298-

Friday, July 30, 2010

KURANG SIVIK DAN MEROSAKAN HARTA AWAM

Kebanjiran pekerja-pekerja asing di Malaysia menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat. Sepatutnya sebagai tetamu, mereka haruslah bersikap menghormati tuan rumah (Malaysia). Di mana-mana saja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama. Mereka seharusnya menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Tetapi apa yang terjadi di Malaysia, tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diri dengan mereka. Sebelum kebanjiran warga asing di negara kita. kita rasa selamat untuk berada di mana-mana sahaja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari kerana dimonopoli oleh mereka.

Warga asing di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa terutamanya dari negara yang kurang membangun. Budaya, nilai, watak yang dibawa ke negara ini adalah kebanyakannya terdiri daripada mental kelas ketiga. Jadi, tidak asinglah jika kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan kita disalah gunakan oleh warga asing ini. Pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan telah musnah dengan teruk akibat daripada segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kemudahan penduduk tempatan. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati kemudahan tersebut. Namun begitu, meraka tidak menghargai apa yang mereka dapat. Mereka tidak memikirkan apa-apa tentang kemusnahan harta benda awam yang dilakukan oleh mereka kerana mereka tidak perlu membayar apa-apa, tidak seperti kita sebagai yang perlu membayar cukai dan sebagainya.

"Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang!" Di mana-mana jua tempat di Malaysia terdapat pelbagai ‘jangan’ dan larangan tentang pelbagai perkara seperti "Jangan Merokok", "Jangan Membuang Sampah Merata-rata", "Jangan Meludah", "Dilarang Memijak Rumput", "Dilarang Masuk", "Dilarang Berkelakuan Sumbang", "Dilarang Bercakap" dan sebagainya. Sering diingatkan dengan simbol-simbol larangan tertentu di mana-mana jua dalam pelbagai bahasa contoh bahasa Inggeris. Jika ada yang mengatakan warga asing tidak memahami Bahasa Melayu, itu bukan satu alasan yang releven untuk mereka tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerana pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran atau papan peringatan dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris, di mana bahasa tersebut merupakan bahasa pengantar yang digunakan di seluruh dunia Namun begitu, masih ramai warga asing ini tidak mematuhi arahan-arahan tersebut.

Semua kata-kata dan simbol ‘larangan’ dan ‘jangan’ yang ada di sekeliling adalah untuk mengingatkan mereka yang sentiasa lupa dan leka, dan kadangkala buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak. Lupa dan leka bukan kerana hilang ingatan, manakala tidak nampak pula bukan kerana cacat penglihatan. Itu semua berpunca daripada suatu keadaan yang dinamakan ‘tiada atau kurang kesedaran SIVIK’.

Kerosakan harta awam akan menyebabkan kita tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik. Ini kerana banyak kemudahan telah rosak seperti telefon awam, tandas awam, pondok-pondok pehentian, taman-taman rekreasi dan banyak lagi. Sebagai contoh, telefon awam sangat diperlukan jika terdapat hal-hal kecermasan jika telefon bimbit tidak berfungsi pada masa itu Taman rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi bekumpul bersama keluarga, apabila sudah rosak, maka, tiada tempat untuk golongan keluarga bersantai lagi.

Kerosakan ini akan menyebabkan pihak kerajaan akan berbelanja besar bagi menyelenggara semula segala kemudahan yang telah rosak. Hal ini secara langsung akan membazir wang rakyat dengan begitu sahaja tanpa memperolehi sesuatu perkara yang akan menguntungkan rakyat tempatan dan negara. Oleh itu, pihak-pihak yang terbabit seperti pihak kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi. Pelaburan yang dibuat oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kemudahan awam, menjadikan satu pelaburan yang tidak menguntungkan kerana kemudahan awam yang disediakan disalah gunakan oleh pihak luar dan penduduk tempatan terpaksa melihat dari jauh kemusnahan-kemusnahan yang telah dilakukan. Penduduk tempatan juga harus bekerjasama bagi membendung hal seperti ini daripada terus berlaku. Pemduduk tempatan juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat hal ini berlaku di depan mata mereka.

mari kita sama-sama menjga dan mengawal kegiatan yang tidak bermoral yang di lakukan segelintir warga asing ini.




PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dari segi pembangunan namun, sedarkah kita bahawa daripada mana pembangunan ini pesat membangun?Disini kita akan menjelaskan tentang bagaimana kebanjiran buruh asing ini boleh membantu negara kita semakin membangun. Menurut sumber rujukan daripada Surat Khabar Berita Harian 10/02/2010 telah menwarwarkan tentang kepentingan buruh asing dalam negara kita .Hal ini kerana warga Malaysia masih ramai yang kurang berminat dalam kerja - kerja daripada sektor pembinaan , justeru sebagai langkah mengatasi negara Malaysia ketinggalan dalam dunia pembangunan maka buruh asing diperlukan dalam negara menyebabkan wujudnya impak iaitu lambakan atau kebanjiran buruh asing . Namun , kebanjiran buruh asing dalam negara bukan hanya mendatangkan impak negatif tetapi ia juga membantu negara dari segi perkongsian dan pemindahan teknologi di mana tenaga kepakaran dalam sektor pembinaan walaupun mereka yang bekerja dalam sektor tersebut bukan terdiri daripada pekerja- k namun , kemahiran yang diperoleh dapat membantu Malaysia semakin membangun dalam era pembangunan.
selain daripada itu juga , dalam konteks kemasukan pekerja asing , strategi negara tidak jelas. Malahan , peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak telah menjadikan pelbagai sektor dipenuhi oleh buruh asing. Mengapa dikatakan begini , ialah disebabkan oleh peralihan dari ekonomi -p kepada ekonomi - k . Pada masa ekonomi -p , kos buruh yang rendah menjadi tawaran kepada negara namun setelah beralih kepada ekonomi -p buruh yang berpengetahuan diperlukan sejajar dengan wawasan 2020.setelah diteliti buruh asing memberi impak positif , ia juga mendatangkan implikasi yang negatif kerana untuk negara beralih kepada ekonomi -k memerlukan tenaga profesional yang berasaskan pengetahuan , daya inovasi , dan kemampuan untuk mengaplikasikan teknologi moden, namun apabila berlakunya kebanjiran buruh asing menyebabkan tenaga profesional tidak mahu berhijrah ke Malaysia. Sekaligus ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pembangunan negara walaupun perkara ini memberi kesan yang lebih kepada kesan negatif .



hatina md hatta (205278)