Wednesday, August 18, 2010

PENINGKATAN PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN

Kesan kebanjiran pendatang asing di Malaysia seringkali dikaitkan dengan fenomena globalisasi. Ianya merupakan contoh pertembungan budaya yang berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Di Malaysia sebagai contoh di mana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah sehingga medapat kewarganegaraan yang tetap di Malaysia ini.

Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia , menjadi faktor yang utama yang menarik perhatian warga asing selain kekurangan tenaga kerja khususnya
dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu sememangnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud setakat ini sebagai contoh, peningkatan permohonan taraf kewarganegaraan oleh warga asing yang ingin dititikberatkan di sini.

Dalam misi mencapai wawasan 2020, kerajaan menetapkan jumlah yang tertentu bagi taraf kewarganegaraan Malaysia, tetapi apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah peningkatan penduduk asal negara dan bukannya peningkatan warga asing yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia. Konsep ini jelas ternyata adalah salah dan adakah kita harus biarkannya terus berlaku?Mengapakah kerajaan masih mengambil lewa berkaitan dengan keadaan ini?Adakah kedatangan warga asing di Malaysia mempunyai kelebihan yang mengatasi keburukkan?Persoalan ini yang harus kita tekankan di sini.

.Dikatakan suatu waktu dahulu, Malaysia menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga tempatan dengan angkanya agak membimbangkan. Adakah jumlah ini berkaitan dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal?Bagi yang berpendidikan pula, kerja kilang atau buruh kasar di tapak pembinaan sudah semestinya tidak sepadan dengan pendidikan yang mereka terima. Terdapat juga majikan yang mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan. Apakah Malysia sekarang ini kekurangan tenaga kerja dalam sektor sains sedangkan ramai lagi kaum bumiputera yang menuntut di pusat pengajian mengambil jurusan ini. Sekirannya perkara ini berlaku, warga asing akan cenderung untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dan Malaysia mungkin akan tidak teragak agak untuk menyerahkannya kerana masing-masing mendapat kepentingan mereka sendiri. Tetapi inilah masalahnya Malaysia yang majoritinya kaum melayu. Kita lebih suka untuk memikirkan kepentingan kita pada masa kini berbanding dengan apa yang anak-anak kita akan warisi pada masa depan. Bayangkan sekirannya tiada usaha yang diambil untuk mengatasi masalah ini, tidak mustahil generasi kita atau lebih tepat lagi anak anak kita akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Adakah ini yang kita harapkan?Tanah yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu diwarisi oleh bangsa asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita?Tetapi ini juga merupakan persoalan yang menarik untuk diutarakan. Adakah mahasiswa dan mahasisiwi Malaysia langsung tidak mempunyai kualiti untuk dibandingkan dengan warga asing? Adakah usaha kerajaan untuk memantapkan kualiti pelajar pusat pengajian tinggi sia-sia?Di manakah silapnya?sama-sama kita renungkan.

Dewasa ini, mahasiswa dan mahasiswi digalak untuk memantapkan kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai
soft skill yang merangkumi kemahiran untuk bercakap, menginterpritasi idea, kemahiran berbahasa inggeris dan lain-lain. tetapi apakah kita sedar, adakah kita benar-benar menguasi semua aspek ini? Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melihat semula situasi yang berlaku ini dan memantau serta menyelesaikan dengan bijaksana segala kesan yang wujud akibat kebanjiran tenaga asing di Malaysia. Umpama menarik rambut dalam tepung di mana rambut tidak putus, tepung pula tidak berselerak, begitulah juga kaedah yang harus digunapakai oleh kerajaan dalam memelihara keharmonian dan kepentingan kedua-dua belah pihak. Kita tidak mahu menimbulkan sebarang persengketaan yang mungkin menganggu keharmonian negara. Melihat kepada situasi terkini, tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung atau mengurangkan kebanjiran pekerja asing seolah-olah menangkap bayang-bayang. Jangan kerana hendak meneruskan program pembangunan, kita mengenepikan sumber manusia yang merempat di bumi sendiri. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini. Namun dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad. Seolah olah tiada kualiti dalam bangsa Malaysia yang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengambil warga asing. Ada segelintir warga asing ini sudah mempunyai MayKAD sendiri. Tidak pasti mana meraka perolehi, pernah terjadi pada diri aku masa berkerja dimana mereka ada MayKAD terutama warga acheh. Menggunakan alamat orang lain dan ada sebahagian mereka ini menggunakan MyKAD seiras iras pada MayKad yang asal. “Penambahbaikan pengurusan dan pemantauan warga asing melalui strategi dan pendekatan yang baru perlu dilaksanakan sejajar dengan senario semasa seperti kaedah terkini pergerakan masuk dan keluar serta mobiliti pekerja asing dalam negara yang sukar dikesan melalui pendekatan konvensional.








Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia

Negara asal : Indonesia - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 39,087 , Pertanian=88,681 , Pembinaan=182,137 - Jumlah : 182,137 - Peratus : 83.24 Negara asal : Negara Thai - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 3,563 , Pertanian=14,029 , Pembinaan=4,926 - Jumlah : 22,518 - Peratus : 6.05 Negara asal : Myanmar - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 99 , Pertanian=500 , Pembinaan=8,790 - Jumlah : 9,389 - Peratus : 2.52 Negara asal : Filipina - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 117 , Pertanian=5 , Pembinaan=289 - Jumlah : 411 - Peratus : Negara asal : Singapura - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=2 - Jumlah : 2 - Peratus : Negara asal : Brunei - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=1 - Jumlah : 1 - Peratus : Sumber : Jabatan Imigrasi Malaysia, Kuala Lumpur (1993)

No comments:

Post a Comment