Sunday, August 8, 2010

KESAN KEPADA PETEMPATAN DAN KEMUDAHAN

Kedatangan pendatang asing juga memberi kesan kepada kawasan perumahan.Kebanyakkan daripada pendatang asing ini akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.Kebiasaannya kawasan hutan atau kebun-kebun menjadi sasaran.Walaupun perumahan tersebut didirikan di kawasan pendalaman, kemudahannya boleh dikatakan serba mewah dan lengkap kerana adanya kemudahan bekalan air, elektrik yang lengkap.Kebiasaannya bekalan-bekalan ini disambung dari rumah penduduk tempatan dengan bayaran sewa yang telah dijanjikan.


Di kawasan setinggan pula,ada juga perumahan yang didiami oleh pendatang asing ini.Punca berlakunya hal ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab penduduk tempatan itu sendiri.Sikap tamak dan mahu keuntungan semata-mata menyebabkan penduduk tempatan sanggup menyewakan rumah kepada pendatang asing ini dengan menawarkan harga yang tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan kepada penduduk tempatan.Oleh itu kesannya, rakyat tempatan akanbersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan rumah sewa dengan kadar harga yang lebih murah.Apabila pendatang asing ini menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan setinggan ini, keadaan menjadi tidak teratur serta kurang kemudahan asasnya yang sepatutnya digunakan oleh penduduk tempatan.Kebersihan yang tidak memuaskan selain keselamatan penduduk yang tidak terjamin.Hal ini akan menyebabkan timbulnya banyak hal atau kes.


Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil pembangunan negara akan terbantut.Kesannya dapat dilihat pada masa kini sedikit demi sedikit.Imej negara turut terjejas sekaligus menggambarkan akan kelemahan negara ini.Kepercayaan negara luar terhadap negara ini akan sedikit goyah.Ianya menggambarkan bahawa sistem pentadbiran serta pengurusan negara ini tidak teratur.Pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi menjadi tidak seimbang.Hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat tempatan telah diambil oleh pendatang asing ini.


Kesimpulannya, pendatng asing ini sebenarnya memberi kesan kepada rakyat tempatan, dan juga negara dalam aspek petempatan dan kemudahan yang disediakan. Oleh El Nurwanie

No comments:

Post a Comment