Friday, July 30, 2010

KURANG SIVIK DAN MEROSAKAN HARTA AWAM

Kebanjiran pekerja-pekerja asing di Malaysia menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat. Sepatutnya sebagai tetamu, mereka haruslah bersikap menghormati tuan rumah (Malaysia). Di mana-mana saja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama. Mereka seharusnya menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Tetapi apa yang terjadi di Malaysia, tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diri dengan mereka. Sebelum kebanjiran warga asing di negara kita. kita rasa selamat untuk berada di mana-mana sahaja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari kerana dimonopoli oleh mereka.

Warga asing di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa terutamanya dari negara yang kurang membangun. Budaya, nilai, watak yang dibawa ke negara ini adalah kebanyakannya terdiri daripada mental kelas ketiga. Jadi, tidak asinglah jika kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan kita disalah gunakan oleh warga asing ini. Pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan telah musnah dengan teruk akibat daripada segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kemudahan penduduk tempatan. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati kemudahan tersebut. Namun begitu, meraka tidak menghargai apa yang mereka dapat. Mereka tidak memikirkan apa-apa tentang kemusnahan harta benda awam yang dilakukan oleh mereka kerana mereka tidak perlu membayar apa-apa, tidak seperti kita sebagai yang perlu membayar cukai dan sebagainya.

"Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang!" Di mana-mana jua tempat di Malaysia terdapat pelbagai ‘jangan’ dan larangan tentang pelbagai perkara seperti "Jangan Merokok", "Jangan Membuang Sampah Merata-rata", "Jangan Meludah", "Dilarang Memijak Rumput", "Dilarang Masuk", "Dilarang Berkelakuan Sumbang", "Dilarang Bercakap" dan sebagainya. Sering diingatkan dengan simbol-simbol larangan tertentu di mana-mana jua dalam pelbagai bahasa contoh bahasa Inggeris. Jika ada yang mengatakan warga asing tidak memahami Bahasa Melayu, itu bukan satu alasan yang releven untuk mereka tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerana pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran atau papan peringatan dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris, di mana bahasa tersebut merupakan bahasa pengantar yang digunakan di seluruh dunia Namun begitu, masih ramai warga asing ini tidak mematuhi arahan-arahan tersebut.

Semua kata-kata dan simbol ‘larangan’ dan ‘jangan’ yang ada di sekeliling adalah untuk mengingatkan mereka yang sentiasa lupa dan leka, dan kadangkala buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak. Lupa dan leka bukan kerana hilang ingatan, manakala tidak nampak pula bukan kerana cacat penglihatan. Itu semua berpunca daripada suatu keadaan yang dinamakan ‘tiada atau kurang kesedaran SIVIK’.

Kerosakan harta awam akan menyebabkan kita tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik. Ini kerana banyak kemudahan telah rosak seperti telefon awam, tandas awam, pondok-pondok pehentian, taman-taman rekreasi dan banyak lagi. Sebagai contoh, telefon awam sangat diperlukan jika terdapat hal-hal kecermasan jika telefon bimbit tidak berfungsi pada masa itu Taman rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi bekumpul bersama keluarga, apabila sudah rosak, maka, tiada tempat untuk golongan keluarga bersantai lagi.

Kerosakan ini akan menyebabkan pihak kerajaan akan berbelanja besar bagi menyelenggara semula segala kemudahan yang telah rosak. Hal ini secara langsung akan membazir wang rakyat dengan begitu sahaja tanpa memperolehi sesuatu perkara yang akan menguntungkan rakyat tempatan dan negara. Oleh itu, pihak-pihak yang terbabit seperti pihak kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi. Pelaburan yang dibuat oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kemudahan awam, menjadikan satu pelaburan yang tidak menguntungkan kerana kemudahan awam yang disediakan disalah gunakan oleh pihak luar dan penduduk tempatan terpaksa melihat dari jauh kemusnahan-kemusnahan yang telah dilakukan. Penduduk tempatan juga harus bekerjasama bagi membendung hal seperti ini daripada terus berlaku. Pemduduk tempatan juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat hal ini berlaku di depan mata mereka.

mari kita sama-sama menjga dan mengawal kegiatan yang tidak bermoral yang di lakukan segelintir warga asing ini.




No comments:

Post a Comment